Berbasikal sorang sorang pusing taman. Seronok juga dengan adanya basikal ni, keluar rumah pun senyap2 je. Tak.payah nak start motor utk ambil angin..sebab kalau dahbstart motor, nnt anak anak pula yang terjaga..mula lah nak kena bawa jalan ye tak..sapa nak tengok anak nangis kan..
Kalau dah ada basikal ni mudah banyak. Buka lipatan dari dalam rumah lepas tu terus kuncikan bahagian lipatan. Lepas tu apa lagi, check kasi semua ok, tinggi kerusi cukup, tinggi handle cukup, dan terus boleh kayuh. Sunyi, aman, bunyi yang ada adalah bunyi nafas dan bunyi gear shimano 7 speed tu...krett...krett...
Tiada bunyi enjin motor, bau asap dll..
Hari ni kayuh area taman dan menyelusuri parit dan tali air. Oleh kerana sekarang ni musim menuai, aku berharao sangat tak jumpa ular dan binatang berbisa lah semasa aku kayuh. Kalau naik motor, senangla nak gelek, tapi ni kalau bawa basikal, alahai..seramm..
So ikut mana pun ada kebaikan dan kekurangan. Tapi kalau habis musim menuai ni, rasa makin aman sikit lah..amin..amin..
No comments:
Post a Comment