Thursday, August 25, 2016

Sempat balik rumah dan berbasikal dgn anak2 dan anak jiran hari ni..cuaca gelap dan angin sejuk...naik basikal dengan nyaman..lepaskan semua stress kerje...ziu...ziu...ziu...nyaman...


Berbasikal round taman dan berhenti taman permainan. Sambil tgkp gsmbsr trs.ni..smart juga dari belakang.


Balut sikit bahagian belakang..dah ada calar pada hari pertama. Sebab apa? Sebab screw pada brek depan, apabila lipat basikal, screw tu akan gesek bahagian belakang. Jem..nampak alloy aluminium tu. Tokey kedai ckp tak akan karat, kita tengok karat tak 2 3 bulan lagi.


Bahagian depan pun sama iaitu di bahagian handle. Kena balut juga sebab handle sangkut bahagian besi tayar depan. Ambik pelapik dan lekat.


Kunci baru dgn nombor..tak payah bawak anak kunci..apa kombinasi nombor? Rahsia..hehe..

Wednesday, August 24, 2016

Balik rumah terus kayuh

Asslamualaikum wbt.

Hari ni dah tak tahan..tengok dari tmpt kerje mmg mendung je, malam mesti hujan..530 terus punch out balik..tak singgah mana2 dah..terus balik..sampai rumah, terus ambik basikal dari dalam bilik buka lipatan body, lipatan handle, lipatan paddle pengayuh, terus ronda dgn anak, naik mini mountain bike ada tayar tepi.hehe..ada pula budak mengaji, adik abang dan amir syafiq, clone bmxnaik fixie, terus ronda pusing taman dua kali..

Mmg betul hari ni ada jiran tu singgah depan umah tanya pasai basikal lipat ni..terus kata nak beli n boleh buatvteam. Kita tengok nnt akan datang jadi ke x.

Terus kayuh hari ni pusing taman 2 kali, angin pulak cantek, sepoi je, rasa kalau angin kuat sikit, terus aku tukar gear rendah..so tak la berat sgt kan..syukur ada gear shimano 7 speed..pusing 2 kali ambik anak no 1 pulak. Dia naik basikal klon bmx.

Pusing byk kali jumpa macam2. Jumpa couple dating pun ada. Terus pusing 2 kali, dah takde. Perasan la tu kita tengok dia..hehe..

Singgah taman permainan ada pulak jumpa jiran naik mountain bike..hehe..best la boleh sembang ptg..jumpa pulak jiran selang 3 rumah..nnt boleh ajak jiran2 ni naik basikal sama2 round taman atau rondaan srs. Hehe..

Anyway hari ni hari best..dpt naik basikal sama2 dgn anak dan dpt pergi lebih jauh, berbeza dgn jalan kaki...

Terima kasih ALLAH.

WASSALAM..

Monday, August 22, 2016

Mendung la pulak

Kalau dulu, petang mendung tak kisah, tapi sekarang mendung, rasa sedih pulak sbb tak dapat nak kayuh. Bukan kayuh sorang tapi dah janji nak kayuh dengan anak2..huhu

Sunday, August 21, 2016

Buka basikal lipat dari myvi


Hari ke 3

Berbasikal sorang sorang pusing taman. Seronok juga dengan adanya basikal ni, keluar rumah pun senyap2 je. Tak.payah nak start motor utk ambil angin..sebab kalau dahbstart motor, nnt anak anak pula yang terjaga..mula lah nak kena bawa jalan ye tak..sapa nak tengok anak nangis kan..

Kalau dah ada basikal ni mudah banyak. Buka lipatan dari dalam rumah lepas tu terus kuncikan bahagian lipatan. Lepas tu apa lagi, check kasi semua ok, tinggi kerusi cukup, tinggi handle cukup, dan terus boleh kayuh. Sunyi, aman, bunyi yang ada adalah bunyi nafas dan bunyi gear shimano 7 speed tu...krett...krett...

Tiada bunyi enjin motor, bau asap dll..

Hari ni kayuh area taman dan menyelusuri parit dan tali air. Oleh kerana sekarang ni musim menuai, aku berharao sangat tak jumpa ular dan binatang berbisa lah semasa aku kayuh. Kalau naik motor, senangla nak gelek, tapi ni kalau bawa basikal, alahai..seramm..

So ikut mana pun ada kebaikan dan kekurangan. Tapi kalau habis musim menuai ni, rasa makin aman sikit lah..amin..amin..

Hari ke 2

Berbasikal di sekeliling taman.

Friday, August 19, 2016

Hari 1

Hari pertama dengan basikal lipat, masih lagi terlipat di dalam kereta myvi di seat belakang. Tak muat nak masuk bonet. So hari ni tayar tak cecah jalan lagi. Sangat seronok ada basikal lipat rupanya.